- Pengumuman
- Berita PPD Pontian
- Berita Sekolah
- Web KPM
- Web JPNJ
UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Pengerusi & Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah Daerah Pontian mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah Pontian, Pengetua/ Guru Besar/ Kakitangan dan Murid Sekolah-Sekolah Daerah Pontian di atas segala sumbangan/sokongan dan kerjasama yang diberikan semasa Kejohanan Bola Tampar Peringkat MSS Johor pada 10 hingga 12 Mei 2013 di SM Pei Chun/SJKC Tah Tong dan SJKC Pei Hwa.
TERIMA KASIH
PENGISIAN DATA SOAL SELIDIK SAINS TULEN DI PORTAL ONE STOP DATA CENTER JPNJPENTING! SELAMAT HARI GURU.
Perhatian kepada Ketua Bidang Sains Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian.
PER: PENGISIAN DATA SOAL SELIDIK SAINS TULEN DI PORTAL ONE STOP DATA CENTER JPNJ
Merujuk perkara di atas, tuan di minta hadir mengikut ketetapan berikut:
Masa: 3.00 petang Tempat: Dewan Ibnu Sina, PPD Pontian Pengerusi : Ketua Pen. Pengarah Sains Sektor Pengurusan Akademik JPNJ
Sehubungan itu, tuan adalah dikehendaki hadir. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas sila berhubung dengan Tn. Hj. Abd Wahid Bin Md Yusof, PPPD Teknik Vokasional.
Terima kasih. Terakhir dikemaskini (Khamis, 16 Mei 2013 11:50) UJIAN UKM 1TINDAKAN SEGERA
Pengetua / Guru Besar , Sekolah-Sekolah Daerah Pontian.
Tuan ,
STATUS PELAKSANAAN UJIAN SARINGAN PERMATApintar UKM 1 2013
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Pusat PERMATApintar , Universiti Kebangsaan Malaysia sedang melaksanakan Ujian Saringan PERMATApintar UKM 1 mulai 01 Februari 2013 hingga 31 Mei 2013.
3. Walaubagaimanapun, berdasarkan data sehingga 12 Mei 2013 , bilangan penyertaan murid dalam ujian saringan UKM 1 masih rendah iaitu 1497 orang murid berbanding enrolmen murid berumur 8 hingga 15 tahun di daerah Pontian dan ianya belum mencapai sasaran 10 %.
4. Tahniah kepada sekolah yang telah mencapai sasaran 10% . Kepada sekolah yang belum mencapai 10% , diharapkan terus berusaha dan beri galakan dan bimbingan kepada murid supaya menduduki ujian UKM 1 sehingga 31 Mei 2013.
5. Sebarang pertanyaan berkaitan ujian ini boleh dirujuk kepada Zainal Abidin bin Md.Shah , Unit Prasekolah/Permata , PPD Pontian di talian 017-7175437.
Sekian , terima kasih. Terakhir dikemaskini (Isnin, 13 Mei 2013 10:38) TAWARAN PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWASalam 1 Malaysia
Pengetua/ Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Pontian
Tuan,
TAWARAN PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TP) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) AMBILAN TAHUN 2014
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menawarkan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) bagi pengajian Kedoktoran dan Sarjana bagi tahun 2014 dibuka bermula 19 April 2013 hingga 19 Mei 2013.
3. Syarat dan permohonan boleh diperolehi secara online melalui laman sesawang KPM www.moe.gov.my
4. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk memaklumkan kepada PPPS di bawah pentadbiran tuan berkaitan perkara di atas.
Segala kerjasama tuan dalam perkara di atas amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
Sekian.
TAKLIMAT PELAKSANAAN LINUS 2.0 (LITERASI BAHASA INGGERIS) TAHUN 1 2013Semua Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Pontian
Tuan
TAKLIMAT PELAKSANAAN LINUS 2.0 (LITERASI BAHASA INGGERIS) TAHUN 1 2013
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Bersama-sama ini disertakan sesalinan surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor berkenaan perkara di atas untuk makluman dan tindakan dari pihak tuan selanjutnya.
Sekian. Terima kasih.
Sila klik untuk muatturun:
KURSUS PENDEDAHAN LINUS 2.0 (LITERASI BAHASA INGGERIS) TAHUN 1 2013Semua Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Pontian
Tuan
KURSUS PENDEDAHAN LINUS 2.0 (LITERASI BAHASA INGGERIS) TAHUN 1 2013
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Bersama-sama ini disertakan sesalinan surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor berkenaan perkara di atas untuk makluman dan tindakan dari pihak tuan selanjutnya.
Sekian. Terima kasih.
Sila klik untuk muatturun:
Terakhir dikemaskini (Jumaat, 03 Mei 2013 11:01) |



















